HomeBeritaPRN: Amirudin sempoi pergi mengundi naik motosikal

PRN: Amirudin sempoi pergi mengundi naik motosikal

SELAYANG: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tiba di pusat mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di SJK (C) Selayang Baru bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Beliau tiba di pusat mengundi kira-kira pukul 8.20 pagi bersama isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad menaiki motosikal.

“Alhamdulillah saya dan Diana telah selesai mengundi di SJKC Selayang Baru pada jam 8:29 pagi.

”Saya menyeru semua rakyat Negeri Selangor untuk keluar mengundi beramai ramai seawal mungkin.

“Ayuh kita mengundi demi masa depan kita, anak-anak dan cucu kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya pada Sabtu.

Usai membuang undi, calon PH bagi DUN Sungai Tua itu turut meluangkan masa beramah mesra bersama pengundi-pengundi yang hadir.

Hari ini bakal menjadi sejarah buat rakyat Malaysia dalam menentukan pentadbiran kerajaan negeri baharu bagi enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Rakyat di enam negeri berkenaan diharapkan dapat melaksanakan tanggungjawab selaku warganegara Malaysia dengan keluar mengundi di pusat pemilihan yang ditetapkan.

Author

Pilihan Editor