HomeBeritaPolitikPRN: 'Trend pengundi muda diramal cenderung PN' - Ilham Centre

PRN: ‘Trend pengundi muda diramal cenderung PN’ – Ilham Centre

KUALA LUMPUR: Kajian terbaharu Ilham Centre menunjukkan pola pengundian pengundi muda seperti Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu dijangka kekal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Menurut Ilham Centre, berdasarkan kajian, pengundi muda dijangka kekal cenderung memilih Perikatan Nasional (PN).

Kaji selidik yang dilakukan firma itu mendapati program Temu Anwar, pemberian e-wallet Belia RM200 dan sebagainya masih belum cukup kuat untuk menarik sokongan pengundi muda.

“Ternyata maklumat yang ditemui dalam kajian ini membuktikan pola itu masih kekal dan PH menghadapi cabaran untuk menganjak dan menarik sokongan pada segmen ini.

“Walaupun PMX begitu agresif berdialog dan turun bertemu anak muda di kampus, ternyata ia belum memadai untuk merubah secara peratusan besar menukar sokongan mereka kepada parti pemerintah,” kata firma itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kaji selidik yang dilakukan juga mendapati pengundi muda tidak kekok berkongsi kecenderungan politik mereka secara terbuka malah kini lebih jelas menunjukkan pendirian politik masing-masing.

“Tiada istilah undi adalah rahsia, mereka merasa selesa menzahirkan sikap dan sokongan dalam PRN kali ini.

“Kecenderungan membuat keputusan mereka berbeza berdasarkan demografi, psikografi dan lokaliti,” katanya lagi.

Ilham Centre juga menjelaskan suasana sejuk dan hambar dalam tempoh kempen di empat negeri, manakala agak panas di Selangor dan Kedah. – Astro Awani

Authors

Pilihan Editor