HomeBeritaPolitikRafizi ajak rakyat tonton debat ekonomi Rabu ini

Rafizi ajak rakyat tonton debat ekonomi Rabu ini

CYBERJAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengajak orang ramai menonton debat beliau dengan Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Sulaiman pada 9 Ogos ini.

Katanya, debat “Model Baharu Ekonomi Malaysia” itu akan disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan dalam talian.

“Insya-Allah, rakyat akan dapat menilai dan meneliti secara objektif rancangan dan hala tuju ekonomi yang akan dibentang dan didebatkan.

“Debat akan disiarkan secara langsung jam 9.30 malam. Debat juga boleh diikuti secara “online”.

“Saya pohon sebarkan dan mengajak seluruh rakyat mengikuti sesi debat ini. Kita jumpa Rabu,” katanya dalam satu hantaran di media sosial pada Isnin.

Terdahulu, Mohd Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok sebelum ini menolak pelawaannya untuk berdebat namun mengubah fikiran untuk menerima semula tawaran itu.

Author

Pilihan Editor