SHAH ALAM: Calon Perikatan Nasional (PN) Mohd. Zamri Mohd Zainuldin diumumkan menang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong pada Sabtu.
Menerusi keputusan rasmi itu, Mohd Zamri menang dengan majoriti 6,842 undi dengan jumlah 15,447 undi.
Mohd Zamri meninggalkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Khir Ramli yang mendapat 8,605 undi.