HomeBeritaViralReaksi Sultan Brunei terima stereng F1 dari PMX curi tumpuan netizen

Reaksi Sultan Brunei terima stereng F1 dari PMX curi tumpuan netizen

CYBERJAYA: Reaksi Sultan Brunei selepas menerima hadiah berupa sebuah stereng kereta Formula 1 (F1) dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri tumpuan warga net.

Menerusi perkongsian video TikTok jason.yew, reaksi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah kelihatan sangat teruja dan gembira apabila menerima hadiah tersebut.

Pada 3 Ogos, Sultan Brunei berkenan menghadiri majlis makan malam dihoskan Perdana Menteri di Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Ketibaan Sultan Brunei dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha kira-kira 8 malam disambut Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dan tidak menyangka Anwar akan memberikan sebuah stereng F1 sebagai hadiah kepada tetamunya.

“Mana nak fikir hadiah stereng weh.. Memang out of the box lah, win,” komen netizen.

“Nampak teruja dan gembira Sultan Brunei dapat hadiah macam tu,” kongsi netizen.

“Mesti PMX pening fikir hadiah apa yang nak bagi… Kan Sultan Brunei ni mampu beli apa saja dalam dunia,” luah netizen.

Author

Pilihan Editor