HomeBeritaViral'RM15 untuk juara' - Netizen kesal agensi komik digital jatuhkan 'standard' pelukis 

‘RM15 untuk juara’ – Netizen kesal agensi komik digital jatuhkan ‘standard’ pelukis 

CYBERJAYA: Baru-baru ini, netizen mempertikaikan pertandingan yang dianjurkan sebuah agensi komik digital yang didakwa memperlekehkan industri seni terutamanya pelukis komik.

Menerusi Facebook agensi komik itu, pihak agensi menganjurkan sebuah pertandingan melukis komik digital bersempena bulan kemerdekaan.

Malah, agensi komik itu turut meletakkan syarat seperti komik tersebut harus mempunyai satu atau dua halaman termasuk dengan muka hadapan.

Menjadi perhatian netizen apabila hadiah yang ditawarkan buat peserta adalah seperti tidak berbaloi dengan hasil karya yang bakal dihantar.

Menerusi gambar yang dikongsikan itu, juara bakal memenangi wang berjumlah RM15, tempat kedua bernilai RM10 manakala tempat ketiga hanya mendapat RM5 sahaja.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan mengkritik agensi komik terbabit kerana dianggap tidak pandai menghargai karya artis tempatan.

“Maaf tuan, rasanya nilai hadiah kena besar lagi sekurang-kurangnya x10. Tak pasti ini hanya marketing atau betul-betul tak ada duit. Kalau bad marketing, janganlah macam merendahkan nilai artis tempatan pulak. Kalau betul tak ada duit, biasakan la diri mencari sponsor,” komen netizen.

“Aku pelukis barang-barang engineering, bukan pelukis komik. Tapi aku rasa terhina betul dengan hadiah macam ini, taknak keluar duit sendiri at least carilah sponsor oi,” selar netizen.

“Orang yang melukis tu perlukan masa, bakat dan penghayatan jalan cerita RM15 ni tahap budak basikal lajak masuk sprocket pon belum tentu berbaloi,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor