CYBERJAYA: Fenomena ‘Super Blue Moon’ dijangka akan berlaku pada 30 Ogos 2023 iaitu malam ini.
Berdasarkan portal Space.com, fenomena supermoon atau bulan purnama yang berlaku itu melihatkan keadaan bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan Bumi dalam orbit tertentu (perigee).
Tepat jam 12 tengah hari ET pada hari ini, bulan akan berada di perigee, titik terdekatnya dalam orbitnya dengan Bumi pada jarak 357,181 km.
Meskipun bulan purnama secara teorinya hanya berlangsung buat seketika, detik itu tidak dapat dilihat hanya dengan pemerhatian biasa.
Pemerhatian bagi fenomena itu juga tidak dapat dilihat awal sehari sebelum fenomena itu berlaku.
Selain itu, kejadian fenomena supermoon pada kali ini merupakan kali kedua berlaku pada bulan Ogos dimana fenomena pertama berlaku pada 1 Ogos lalu.
Bulan penuh kedua pada malam ini juga akan dijenamakan semula sebagai bulan “Blue”.
Lantas, fenomena yang bakal dilihat pada malam ini adalah sebagai “Super Blue Moon”.
Bagaimanapun, jika terdapat gangguan keadaan atmosfera yang luar biasa seperti habuk bawaan udara, abu atau asap akan menyebabkan bulan tidak kelihatan biru sebaliknya akan kelihatan seperti keadaan normalnya iaitu kekuningan putih.
Justeru, bagi anda yang berminat untuk menyaksikan fenomena ini disarankan untuk menggunakan teropong atau teleskop.