HomeTeknologiSingapura cipta kanta lekap pintar guna bateri air mata

Singapura cipta kanta lekap pintar guna bateri air mata

CYBERJAYA: Singapura semakin maju ke depan apabila berjaya mencipta kanta lekap pintar Mojo Vision.

Difahamkan, kanta lekap pintar Mojo Vision dibangunkan sebelum ini tetapi pembangunannya dihentikan kerana pelbagai isu seperti hayat bateri yang pendek.

Bagaimanapun, penyelidik di Singapura telah menyelesaikan isu sumber kuasa ini dengan kanta lekap pintar mereka menggunakan bateri berkuasa air mata, lapor portal Amanz.

Laporan sama menyatakan penyelidik dari Nanyang Technological University menggunakan bateri dengan yang mengandungi enzim oksidase glukosa.

Apabila enzim ini berinteraksi dengan air mata pada permukaan mata ia akan menghasilkan arus elektrik.

Dalam ujian di makmal arus sehingga 45 microampere dan kuasa maksimum 201 mikrowatt telah dicatatkan.

Maklum penyelidik m, jumlah itu cukup untuk keperluan kuasa memancarkan data sebuah kanta lekap pintar sehingga 12 jam sehari.

Setiap bateri hanya setebal 0.5mm yang membuatkannya tidak begitu tebal apabila digunakan pada kanta lekap.

Dalam karya sains fiksyen kanta lekap seperti ini akan menggantikan telefon pintar di masa hadapan.

Author

Pilihan Editor