CYBERJAYA: Syarikat Apple mengumumkan sebuah acara media khas akan diadakan pada 12 September (13 September pukul 1 pagi waktu Malaysia) – sekaligus dijangka akan mengumumkan beberapa produk baharu mereka.
Lapor portal Amanz, antara produk yang akan menjadi fokus utama dalam acara itu adalah pengenalan siri iPhone 15.
Difahamkan, sebanyak 4 variasi dijangka diperkenalkan termasuk dua variasi dibawah iPhone 15 Pro.
Model paling berkuasa tinggi dijangka adalah iPhone 15 Pro Max.
Mengikut desas-desus sebelum ini, kesemua model dijangka hadir dengan sokongan Dynamic Island, disamping menggunakan pengecasan berasaskan USB-C – sekaligus mengubah tradisi penggunaan Lightning sehingga iPhone 14 sebelum ini.
Selain itu, Apple turut dijangka mengumumkan cip pemprosesan baharu yang akan menguasakan model iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.
Selain daripada siri iPhone 15, Apple dijangka mengumumkan beberapa produk termasuk Apple Watch Series 9.