HomeBeritaMahkamah & JenayahTayang kertas undi, polis akan ambil keterangan Sanusi

Tayang kertas undi, polis akan ambil keterangan Sanusi

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk memberi keterangan berhubung dakwaan mempamerkan kertas undi bertanda ketika hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis sedang menyiasat perkara itu di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya berikutan laporan yang dibuat.

“Mengikut siasatan, dia akan dipanggil untuk keterangannya direkodkan,” katanya seperti dilapor The Star.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bukit Aman, di sini pada Selasa.

Razarudin berkata, polis akan mengkaji undang-undang yang berkaitan ketika menjalankan siasatan.

“Saya berdiri bersama Timbalan KPN, Pengarah Bukit Aman dan seluruh anggota polis, berikrar bahawa kami tidak akan menjadi mangsa sesiapa.

“Kami akan bersikap adil terutamanya dalam siasatan,” tambahnya.

Razarudin berkata, kertas siasatan (IP) akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sebaik siasatan selesai.

Sabtu lalu, Sanusi dilapor menunjukkan kertas undinya sejurus sebelum membuang undi manakala tindakannya dipersoalkan oleh banyak pihak.

Author

Pilihan Editor