HomeBeritaPolitikTiada dana PRN: Nur Jazlan anggap kifarah kepada PN

Tiada dana PRN: Nur Jazlan anggap kifarah kepada PN

JOHOR BAHRU: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berpandangan isu ketiadaan dana yang dihadapi oleh calon Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini disifatkan satu pembalasan akibat tindakan politik yang didakwa dilakukan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap UMNO sebelum ini.

Jelasnya, perbuatan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamed pada tahun 2018 yang didakwa menganiaya UMNO dan beberapa pemimpinnya dengan pertuduhan politik menyebabkan akaun parti dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tujuan siasatan 1MDB.

Beliau berkata, sepanjang dua tahun dari 2018 sehingga 2020, UMNO terpaksa menahan keperitan tanpa dana untuk menguruskan parti dan berdepan dengan lapan pilihan raya kecil (PRK).

“Bagi saya semua itu (ketiadaan dana PRN) adalah satu kifarah atau hukum karma kepada Muhyiddin dan Bersatu yang sebelum ini menganiaya UMNO.

“’Tindakan Muhyiddin dan Mahathir nak hancurkan UMNO dengan pelbagai dakwaan dan siasatan terpilih akhirnya berbalik kepada mereka.

“Akaun UMNO juga pernah dibekukan sebab siasatan SPRM ke atas Presiden UMNO dalam kes 1MDB. Tapi akhirnya memang tiada kaitan UMNO dalam kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nur Jazlan mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir yang mengakui PN mengalami kekangan kewangan untuk berkempen pada PRN ini kerana akaun Bersatu masih dibekukan oleh SPRM.

SPRM dalam satu kenyataan media pada April lalu memaklumkan bahawa dua akaun parti Bersatu yang sebelum ini dibekukan disita oleh suruhanjaya itu. – SINAR HARIAN

Authors

Pilihan Editor