HomeBeritaViralWarga net terpegun lihat 8 lapisan tanah kubur Kapten Shahrul persis pelangi

Warga net terpegun lihat 8 lapisan tanah kubur Kapten Shahrul persis pelangi

CYBERJAYA: Pusara salah seorang mangsa nahas pesawat di Elmina Shah Alam pada Khamis lalu iaitu Kapten Shahrul Kamal Roslan menjadi bualan warga net kerana tanah di dalam liang lahadnya berwarna seakan-akan pelangi.

Video tersebut dikongsikan oleh seorang penggali kubur dikenali Mazlan Salem, menerusi akaun TikTok@thejaws.

https://www.tiktok.com/@mazlansalem/video/7269254245818436872?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7206178105420596737

“Hari ni dah masuk hari ketiga dah, jenazah yang ditunggu-tunggu, kapten kapal terbang tak kunjung tiba lagi. Kemungkinan, InsyaAllah lepas Zohor atau Asar hari ini, Ahad.

“Bagi yang teruja dengan keindahan pelangi, kita saksikan pandangan dari dalam lubang kubur ni. Dia memang berlapis-lapis macam ni.

“Merah, coklat sikit, merah, hitam, ni kekuningan, sini hijau-hijau sikit dan membawa ke kuning, ada lapan warna berbeza,” ulas Mazlan.

Menurut penggali kubur itu, ini merupakan kali pertama dia menyaksikan keajaiban seperti itu.

“Setakat ini hampir setiap minggu ada kematian, kadang 2,3 lubang kena gali seminggu dan ini adalah pengalaman pertama dan seumpamanya di sini,” jelasnya.

Video tersebut nyata menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kagum dengan bukti kekuasaan Allah.

“Cantik lapisan tanah bang, saya gali belum jumpa tanah lapis-lapis macam ni. Semoga arwah ditempatkan di kalangan yang beriman,” luah netizen.

“Masya-Allah, cemburunya kami yang melihat liang lahad arwah yang sangat-sangat indah. Taktau nak ungkap rasa bahagia penghuni liang ini,” komen netizen.

“Kenapa tengok liang lahad mereka cantik macam luas sangat-sangat, struktur tanah dia pun cantik, warna dia pun cantik. Jarang dapat tengok macam ni,” kongsi netizen.

Terdahulu, selain Kapten Shahrul, sembilan lagi individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.

Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Author

Pilihan Editor