HomeTeknologiX akan biayai kos undang-undang jika pengguna dilayan secara tidak adil oleh...

X akan biayai kos undang-undang jika pengguna dilayan secara tidak adil oleh bos

ELON Musk berkata X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, akan membayar kos undang-undang sesiapa sahaja yang dilayan secara tidak adil oleh majikan mereka untuk aktiviti mereka di platform media sosialnya.

Musk memberitahu pengguna pada Ahad bahawa bantuan kewangan daripada platformnya “tidak ada had”.

Dia meminta pengguna untuk “memaklumi kami” jika mereka mengalami layanan tidak adil kerana menyiarkan atau menyukai sesuatu.

Sebelum ini dikenali sebagai Twitter, platform media sosial itu dijenamakan semula pada bulan lepas.

Musk menggambarkan dirinya sebagai “penyokong mutlak kebebasan bersuara” dan lantang dalam mengkritik dasar platform itu mengenai kawal selia kandungan sebelum pengambilalihannya.

Apabila dia mengumumkan bahawa dia akan mengambil alih Twitter pada April tahun lalu, Musk berkata, “kebebasan bersuara adalah asas kepada demokrasi yang berfungsi, dan Twitter ialah majlis digital di mana perkara-perkara penting untuk masa depan umat manusia dibahaskan”.

Baru-baru ini, firma yang memiliki Twitter mengumumkan bahawa ia menyaman organisasi anti-kebencian yang penyelidikannya mengkritik platform itu.

Pusat Melawan Kebencian Digital (CCDH) melakukan penyelidikan yang menunjukkan kebencian dan maklumat salah “menular seperti api di platform di bawah pemilikan Musk”.

X Corp menuduh CCDH melakukan “perbuatan menyalahi undang-undang” untuk “mendapat akses tidak wajar” kepada datanya.

Author

Pilihan Editor