HomeBerita10 kawasan catat IPU tidak sihat

10 kawasan catat IPU tidak sihat

SHAH ALAM: Sebanyak 10 kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan dan Putrajaya merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat jam 5 petang Jumaat.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU tertinggi direkodkan di Cheras, Kuala Lumpur dengan bacaan 155, diikuti Kuala Selangor, Selangor (154); Petaling Jaya, Selangor (153) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (152).

Dua lagi kawasan di Selangor yang dilanda jerebu adalah Johan Setia dengan bacaan semasa 151 dan Shah Alam (147), manakala Nilai di Negeri Sembilan (141) dan Putrajaya (113).

Dua kawasan di Perak turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Taiping dengan bacaan semasa 140 dan Tasek Ipoh (111).

Sebagai rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui bacaan IPU terkini.

 

Author

Pilihan Editor