HomeBerita6,654 saman dikeluarkan dalam Op Hormat Undang-Undang di KL

6,654 saman dikeluarkan dalam Op Hormat Undang-Undang di KL

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,654 saman pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan menerusi Op Hormat Undang-Undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesalahan tertinggi direkodkan adalah halangan lalu lintas dengan 5,052 saman.

“Kesalahan kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (233), tiada lesen memandu (4), nombor pendaftaran (39), jalan ketika lampu isyarat merah (23) dan lain-lain (1,198).

“Bagi saman yang dikeluarkan agensi lain, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 225 saman atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Saifuddin berkata pihaknya turut menahan 13 individu berkaitan pelbagai kesalahan antaranya dadah, imigresen dan kesalahan jenayah.

“Sebanyak 28 operasi dijalankan semalam membabitkan Op Mabuk, Op Motosikal, Op Perdagangan, Op khas, Op Pelbagai, Op Halaju, Op Halangan, Op Utama (telefon bimbit), dan Op Utama (Lampu Isyarat).

“Mana-mana individu yang disaman sepanjang operasi itu yang dijalankan sehingga 29 September tidak layak untuk mendapat tawaran pengurangan atau diskaun,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dipetik berkata, operasi fasa kedua itu akan tertumpu di 16 lokasi berbeza sekitar ibu negara sepanjang tempoh pelaksanaan terbabit bermula 15 hingga 29 September .

Operasi penguatkuasaan yang lebih tegas itu akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik. – Berita Harian

Author

Pilihan Editor