HomeBerita8,000 MyKad direkod hilang setiap tahun - JPN

8,000 MyKad direkod hilang setiap tahun – JPN

KUALA NERUS: Sebanyak 8,000 kes kehilangan kad pengenalan (MyKad) direkodkan di seluruh negara bagi setiap tahun, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Zamri Misman.

Zamri berkata, jumlah itu merangkumi empat peratus daripada 200,000 pendaftaran MyKad yang dikeluarkan JPN pada setiap tahun.

“200,000 Mykad dikeluarkan setahun, empat peratus akan berlaku kehilangan kes. Antara alasan diberikan adalah mereka salah letak MyKad.

“Kadang-kadang ada yang pergi bercuti tertinggal MyKad dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di Kampung Telaga Daing, di sini pada Rabu.

Hadir sama, Pengarah JPN Terengganu, Mohamad Nasir Kareem.

Mengulas lanjut, Zamri berkata, orang ramai yang kehilangan MyKad untuk kali ketiga boleh dikenakan denda sehingga RM1,000.

“Jaga MyKad sebaik mungkin dan sekiranya hilang segera melaporkan kepada pihak polis.

“Dikhuatiri dokumen pengenalan diri yang hilang akan disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab,” ujarnya. – Sinar Harian

Author

Pilihan Editor