IPOH: Tindakan segelintir warga asing yang selamba meneguk minuman keras secara antara punca orang ramai tidak selesa menduduki pangsapuri mampu milik, D’Aman Residensi di Halaman Meru Aman, di sini.
Seorang penduduk, Mohammad Shafique Mohammed Hatta, 38, yang mendedahkan perkara itu berkata, kegusaran mengenai keselamatan kanak-kanak yang bermain di taman permainan di pangsapuri tersebut juga timbul, sekiranya ada dalam kalangan mereka yang berniat jahat atau melakukan sesuatu tidak baik.
“Selain itu, kebanjiran warga asing juga menyebabkan penghuni wanita berasa tidak selamat tambahan lagi bagi yang tinggal seorang diri,” katanya seperti dilapor Kosmo.
Mohammad Shafique berkata, seramai 164 warga asing mendiami 26 unit rumah yang dijadikan hostel pekerja di pangsapuri terbabit.
Kehadiran warga asing yang bekerja di sebuah kilang di Jelapang sejak lebih tiga tahun lalu itu terdiri daripada warga Nepal, Indonesia dan Myanmar.
Sementara itu, seorang penjawat awam, Yusparina Md. Yusoff, 43, berkata, dia kesal apabila kebanyakan warga aÂsing mengabaikan aspek kebersihan, dengan membuang sampah Âmerata-rata hingga kawasan sekitar kotor.
“Kami rasa tidak selesa sebab mereka ini tidak jaga kebersihan. Sekitar kaki lima dan tangga rumah kotor dengan air sampah dan air ludah sirih.
“Pergaulan bebas antara mereka juga amat membimbangkan hingga ramai yang takut untuk bawa anak-anak beriadah di taman permainan,” ujarnya.
Bagi pesara, Mohd. Ali Osman, 63, penduduk di perumahan itu menentang kediaman tersebut dijadikan hostel pekerja, berikutan ia bertentangan dengan peraturan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Halaman Meru Aman dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Pada masa sama, Pengerusi JMB Halaman Meru Aman, Mohd. ÂFazli Othman berkata, aduan mengenai sikap warga asing itu telah diajukan kepada sebuah agensi yang menguruskan penginapan warga asing berkenaan, namun tidak diendahkan.
Malah katanya, tiada sebarang lawatan mahupun pemantauan daripada pihak berkuasa, termaÂsuk Jabatan Tenaga Kerja (JTK) ke D’Aman Residensi meskipun aduan telah dibuat.