HomeBeritaCEO DNB baharu akan diumum selepas perjanjian dimuktamad – Fahmi

CEO DNB baharu akan diumum selepas perjanjian dimuktamad – Fahmi

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Digital Nasional Berhad (DNB) yang baharu dijangka diumumkan selepas semua perkara melibatkan perjanjian langganan saham dimuktamadkan, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

“Saya telah memaklumkan kepada semua CEO pengendali rangkaian mudah alih (MNO) tentang memuktamadkan pemeteraian perjanjian langganan saham dan diharapkan minggu depan jika semuanya berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, yang mempengerusikan bersama mesyuarat pasukan petugas 5G, akan meneliti aspek akhir sebelum pemeteraian itu dilaksanakan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, dalam majlis pelancaran media Malaysia Digital Expo (MDX 2023).

“Kami juga akan memaklumkan kepada media bila pemeteraian itu akan dilaksanakan selepas semua MNO yang mengambil bahagian dalam mesyuarat itu telah mengambil ekuiti mereka… mungkin sama ada semasa atau selepas menandatangani (kami akan mengumumkan CEO), mudah-mudahan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Malaysia Digital Expo (MDX 2023), pagi tadi. Turut hadir bersamanya ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC,  Mahadhir Aziz.

Pada 21 Julai 2023, Fahmi berkata, CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia (TM), U Mobile dan YTL Communications akan memuktamadkan perbincangan mengenai pegangan ekuiti dalam DNB, tetapi soal pemilikan saham belum diumumkan.

Author

Pilihan Editor