HomeBeritaViral'Dah makan nak bungkus pulak' - Netizen kritik tetamu datang majlis siap...

‘Dah makan nak bungkus pulak’ – Netizen kritik tetamu datang majlis siap tapau makanan

CYBERJAYA: Video seorang wanita berdebat dengan pihak katering semata-mata ingin membungkus makanan walaupun majlis perkahwinan belum berlangsung mengundang pelbagai reaksi warga net.

Menerusi sebuah video tular di TikTok @wan takaful, kelihatan seorang tetamu  wanita berkeras mahu membungkus makanan walaupun tidak dibenarkan pihak katering.

Time tengah record video lauk pengantin, tiba-tiba dengar kecoh-kecoh pasal ni.

“Dah makan, nak bungkus pulak. Sudahlah kenduri ini menggunakan katering. Majlis belum start, baru pukul 10.30 pagi masa ni.

“Yang mintak tapau dengan budak-budak katering ni sama-sama tak nak kalah. Korang rasa bila nak habis culture tapau lauk kenduri ni,” kata pemilik video.

Meskipun sudah dijelaskan secara baik oleh pekerja katering, wanita itu tetap berdegil mahu membungkus sedikit lauk untuk dibawa pulang.

“Diorang (tuan rumah) kan dah bayar, takkan satu ke dua bungkus tak boleh tapau?” tanya wanita itu.

Pekerja katering itu sekali lagi menjelaskan bahawa lebihan lauk-lauk hanya boleh diagihkan pada hujung majlis itu pun sekiranya masih ada.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik sikap tetamu berkenaan yang langsung tidak mempunyai rasa malu dengan perbuatannya.

“Tak silap pernah dengar ustaz cakap. Bila pergi kenduri kahwin, kalau nak bungkus kena mintak izin tuan rumah. Kalau tak hukum dia haram,” komen netizen.

“Tauke catering mesti bangga ada pekerja jujur dan sopan macam ni. Acik, acik.. Kau ni dah lama buat kerja ni,” kongsi netizen.

“Selalu macam ni, majlis tak start lagi dah sibuk nak membungkus. Kang tak pasal-pasal makanan tak cukup,” luah netizen.

Author

Pilihan Editor