HomeBeritaDua maut, enam cedera terbabit kemalangan di Putrajaya

Dua maut, enam cedera terbabit kemalangan di Putrajaya

PUTRAJAYA: Dua individu dilaporkan maut manakala tujuh lagi cedera akibat kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Persiaran Utara, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kejadian dikesan berlaku kira-kira 10.20 pagi tadi di Persiaran Utara menghala ke Presint 12.

Menurutnya, insiden melibatkan dua buah lori, dua buah kereta dan dua buah motosikal.

“Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dan Presint 14 dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya memetik laporan Utusan.

Author

Pilihan Editor