HomeBeritaViralGila mahal! Nasi campur lauk 'ciput' dicaj RM24??

Gila mahal! Nasi campur lauk ‘ciput’ dicaj RM24??

MIMPI ngeri buat seorang pelanggan apabila makanan yang dibelinya iaitu sebungkus nasi putih berlauk berharga RM24.

Menerusi perkongsian di X, seorang pelanggan yang tidak mahu dikenali berkongsi kisahnya membeli nasi bungkus untuk dimakan waktu tengahari.

Katanya, dia terkejut apabila nasi putih yang diceduk satu senduk dengan berlaukkan sedikit rendang kerang dan sotong dikenakan caj sebanyak RM24.

“..tadi aku beli lunch kat kedai.. pergi je kaunter, mak cik tu kira RM24 semuanya, terkejut tapi buat biasa lepastu bayar terus.

“Rasa nak nangis waktu bayar tapi aku redha je la. Aku sebenarnya nak tanya macam mana mak cik kira, tapi muka mak cik tu uish macam nak makan orang.

“Aku ambil rendang kerang satu senduk kecil dan sotong satu senduk kecil macam dalam gambar tu, sedap tu sedap tapi mmg harga sekarang macam tu ke aku yang taktau harga lauk sekarang,” kongsinya.

Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian warga net di X yang rata-rata turut terkejut dengan harga sedemikian.

“Gila double makcik tu markup. Lauk 2 jenis nasi macam ni boleh kira rm12. Tu pun dah macam mahal. Tapi kena faham la sotong and kerang bukan murah. But rm24? Baik pegi makan ikan bakar je,” tulis netizen.

“RM11/12 boleh tahan lagi, RM24 kepala **** makcik tu nak gi haji balik hari ke,” luah warga net.

“Kalau portion macam ni sepatutnya dalam range RM12-RM15, pun dah dikira mahal juga. Ni dah RM24 tu mahal nak mampus,” komen warga net.

Author

Pilihan Editor