HomeBeritaViral'Ingat abang buat konten je' - Pemuda kesal kena scam 'review' makanan

‘Ingat abang buat konten je’ – Pemuda kesal kena scam ‘review’ makanan

CYBERJAYA: Seorang pemuda meluahkan rasa kesal apabila ditipu oleh seorang individu yang kononnya meminta dia untuk membuat ‘review’ makanan.

Pemuda yang dikenali sebagai Ariff Luqman Peter Lisut tidak menyangka individu tersebut hanya bergurau.

Lebih terkilan, Ariff sanggup menempuh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan hanya untuk kena scam.

Travel dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan semata-mata kena scam kata ada job review makanan.

“Rupanya orang ajak bergurau. Tak apa, aku yakin ada rezeki lain Tuhan nak bagi,” tulisnya dalam sebuah video di TikTok.

Dalam pada itu, Ariff turut berkongsi tangkap layar perbualan dia dengan individu terbabit yang mendakwa ‘review’ makanan itu hanya konten.

Akibat berasa bersalah, individu terbabit meminta nombor akaun bank Ariff untuk membayar duit minyak sebagai permohonan maaf.

“Abang sorry saya ingat abang buat konten je. Tak sangka abang serious pula.

“Abang bagi nombor acc abang please. Saya nak bagi duit minyak abang balik.

“Sorry bang ingat abang main-main je,” balas individu terbabit.

Bagaimanapun, Ariff menolak pemberian itu dan mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net bersimpati dengan nasib yang menimpa Ariff.

“Jangan lah susahkan orang macam ni. Tak kesian ke? anyway, stay strong ariff,” kongsi netizen

“Ya Allah ya tuhan ku, sampainya hati mainkan orang macam ni. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kau bang, dipermudahkan urusan,” tulis netizen

“Harap dapat dijadikan pengajaran pada si pegurau itu… correct dia tengah susah tapi dia ingin dapatkan hasil daripada titik peluhnya sendri,” luah netizen.

Terdahulu, tular di media sosial kisah Ariff Peter yang terpaksa tinggal dalam Proton Wira yang juga satu-satunya harta miliknya selepas menjual semua aset perniagaan, rumah dan kereta lebih setahun lalu.

Menurut Ariff, dia tersilap percaturan apabila terpedaya dengan pelaburan mata wang digital menyebabkannya menanggung hutang lebih RM1 juta, dua tahun lalu.

Author

Pilihan Editor