HomeBeritaViral'Jackpot!' - Budak Sabah dapat 'cap' dipakai Tengku Muhammad

‘Jackpot!’ – Budak Sabah dapat ‘cap’ dipakai Tengku Muhammad

CYBERJAYA: Kenangan indah buat seorang kanak-kanak apabila anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menghadiahkan sebuah topi yang dipakainya.

Menerusi perkongsian di TikTok @Liyanie, topi itu dihadiahkan sendiri oleh Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah sewaktu menghadiri sebuah program di Kundasang, Sabah kelmarin.

“Terima kasih Tengku Muhammad Iskandar bagi topinya semalam,” tulis wanita berkenaan.

Dalam video itu kelihatan Tengku Muhammad Iskandar menghulurkan sendiri topi yang dipakainya meskipun keadaan pada ketika itu dikawal ketat oleh pengawal.

Video yang mendapat lebih 100,000 tontonan itu turut dipuji warga net atas sikap anakanda Yang di-Pertuan Agong itu.

@liyanie

terima kasih Tengku Muhammad Iskandar bagi topi nya semalam #TengkuMuhammadIskandar #kundasang #kundasangsabah pentas budaya pekan kundasang

♬ Kau Hidup Dihatiku – ILIR7

“Wahhh terbaik dapat cap dari Tengku Muhammad Iskandar jaga elok tu cap… kalau buli frame terus kenangan-kenangan,” komen netizen.

“Apa mimpi kamu semalam dik sampai kamu begitu bertuah,” tulis warga net.

“Jadikan topi yang Tengku bagi sebagai inspirasi ya nak, manalah tahu satu hari nanti kamu bertuah dapat jumpa Tengku dengan kejayaan kamu,” pesan seorang lagi pengguna TikTok.

Author

Pilihan Editor