HomeBeritaJawatan Menteri KPDN akan diisi secepat mungkin - Anwar

Jawatan Menteri KPDN akan diisi secepat mungkin – Anwar

 

PUTRAJAYA: Mana-mana pihak yang mempunyai cadangan bagi mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) boleh menulis surat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kekosongan jawatan tersebut akan diisi secepat mungkin bagi individu berkelayakan.

“Insya-Allah, kita akan isi kekosongan (jawatan), kalau ada cadangan sila tulis surat kepada saya secepat mungkin,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas menunaikan solat Jumaat di Nasyrul Quran di sini, pada Jumaat.

Sebelum ini, jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu kosong apabila Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada Julai, selepas dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, dekat Alor Setar, Kedah berikutan mengalami mual dan muntah-muntah.

Author

Pilihan Editor