CYBERJAYA: Baru-baru ini tular video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berpura-pura sakit kerana enggan ke sekolah mengundang tawa warga net.
Menerusi perkongsian video TikTok @omar.khalaff, kelihatan anak lelakinya bernama Haider sedang menangis sambil memberi alasan kakinya tidak boleh diangkat.
Namun begitu, Omar yang juga ayah kepada Haider hanya tergelak dengan perangai anaknya yang kuat ‘drama’ hanya kerana tidak mahu ke sekolah.
“Hati-hati guys, jangan kena gula-gula dengan budak kecil. Hari ini ada cubaan tak nak ke sekolah,” tulisnya.
Lebih melucukan apabila Haider berpura-pura tidak boleh berjalan sehingga sanggup mengengsot badannya menuju ke luar pintu.
“Kaki adik tak boleh angkat dah. Papa letak air dekat mulut adik,” kata Haider.
https://www.tiktok.com/@omar.khalaff/video/7284046879900388609
Video tersebut nyata meraih perhatian warga net yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman berhadapan kerenah kanak-kanak setiap kali hendak ke sekolah
“Adik aku sorang je ke alasan tak nak pergi sekolah sebab otak nak pecah,” kongsi netizen.
“Anak aku empat tahun, alasan paling rare setakat ni dia cakap ‘mama abang tak boleh bangun pergi sekolah, tulang abang hancur’,” komen netizen.
“Anak buah aku tak nak pergi sekolah alasan mata tak boleh buka,” tulis netizen.