BARU-BARU ini, tular di media sosial video seorang pempengaruh yang juga merangkap jurumakmal perubatan dikenali Mat Noor berkongsi tentang manfaat membuat ujian alahan.
Dalam video itu, Mat Noor atau nama penuhnya Muhammad Noor Zakaria berkongsi keputusan ujian alahan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang didapati mempunyai pelbagai jenis alahan.
Malah, turut dikongsi kertas keputusan penuh ujian kanak-kanak itu yang tahap alahannya diklafisikasikan kepada enam jenis kelas.
Menurut Mat Noor, Kelas 1 bermaksud tahap alahan masih terkawal manakala Kelas 6 membawa maksud ditahap kritikal.
Berdasarkan hasil ujian, kanak-kanak terbabit disahkan mempunyai alahan kritikal terhadap makanan laut seperti udang dan ketam serta tidak tahan dengan hama dan bulu haiwan.
Susulan perkongsian itu, Mat Noor yang seringkali berkongsi informasi mengenai kesihatan menasihatkan orang ramai khususnya yang kerap terganggu dengan alahan untuk menjalakan ujian alahan.
‘I rasa kalau orang yang memang suffer, kehidupan dia terganggu dengan allergy, dia memang sangat perlukan benda ini semua (ujian alahan).
“Test ini bukan buat every year, every 6 month takde.. dia seumur hidup atleast sekali (buat ujian alahan),” pesannya.