HomeBeritaMalaysia sedia beli peralatan ketenteraan daripada Turkiye - Anwar

Malaysia sedia beli peralatan ketenteraan daripada Turkiye – Anwar

NEW YORK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyatakan hasrat Malaysia kepada Turkiye untuk membeli eset pertahanan daripada negara itu.

Namun, keputusan berhubung spefikasi diserahkan kepada Majlis Angkatan Tentera tanpa gangguan atau campur tangan pihak lain.

“Polisi saya, seperti dimaklumkan kepada ketua turus bersama adalah kita tidak mahu sebarang campur tangan mengenai apa (aset) yang perlu dan dibeli,” katanya.

“Sebelum ini ada aset ketenteraan dibeli daripada Korea Selatan dan peralatan yang sesuai dan yang mahu dibeli daripada Turkiye akan diputuskan oleh Majlis Angkatan Tentera.

“Kita mungkin lihat dron dan helikopter…lihat pengkhususan dan kepakaran Turkiye. Namun saya serahkan pada pihak tentera mana yang terbaik,” katanya selepas pertemuan dua hala dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di sini hari ini.

Beliau juga berkata, terpulang kepada Kementerian Pertahanan untuk berunding dengan Kementerian Kewangan dan Turkiye dalam pembelian aset berkenan.

“Dasar saya ialah seperti yang saya katakan kepada Ketua Turus Bersama (Joint Chief of Staff), kita tidak mahu sebarang campur tangan mengenai apa yang perlu diperoleh, apa yang perlu dibeli,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata Erdogan juga telah menyatakan persetujuan beliau untuk melawat Malaysia pada bulan Disember depan.

Anwar kini berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu. – Berita Harian

Authors

Pilihan Editor