HomeBeritaViralMelampau! Pekerja warga asing sorok minyak masak peket undang kemarahan netizen

Melampau! Pekerja warga asing sorok minyak masak peket undang kemarahan netizen

CYBERJAYA: Tular di media sosial mengenai tindakan beberapa pekerja pasar raya dipercayai warga asing menyorok minyak masak peket hingga mengundang kemarahan netizen.

Menerusi perkongsian video TikTok @bonsaiseller, kelihatan berlaku kekecohan di sebuah pasar raya di antara pekerja dan pembeli.

Kekecohan itu berpunca akibat sikap pekerja pasar raya terbabit yang menyimpan minyak masak peket untuk dijual kepada rakan senegara mereka sahaja.

“Warga asing simpan (sorok) minyak masak untuk kaum depa,” tulisnya.

Difahamkan, kejadian terbabit berlaku di sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Pemilik video mendakwa, stok minyak peket langsung tiada di pasar raya berkenaan.

“Minyak untuk kawan-kawan dia sahaja, untuk warga Malaysia, tiada,” dakwanya lagi.

Lebih teruk lagi, kelihatan seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh di kaunter pembayaran membeli minyak peket dengan jumlah yang banyak.

Susulan itu, seorang individu tampil menghalang pelanggan terbabit daripada membayarnya.

Video tersebut nyata mendapat perhatian warga net yang rata-ratanya meluahkan rasa berang terhadap tindakan tidak beretika yang ditunjukkan oleh pekerja warga asing itu.

“Terlalu bagi muka, inilah akibatnya, kita rakyat yang tersiksa,” luah pengguna TikTok.

“Weh betul, haritu aku pergi Mydin Penang. Minyak masak tu warga asing banyak je ambil untuk satu orang bila part kami kena ada limit,” kongsi netizen.

“Subsidi untuk rakyat Malaysia, tapi diorang yang sapu. Ni masalah bila lambakan warga asing dekat negara kita. Kerajaan perlu kaji subsidi bersasar,” komen netizen.

Author

Pilihan Editor