HomeBeritaViralMemalukan! Netizen kecam Sweet Qismina, pihak produksi guna gimik murahan

Memalukan! Netizen kecam Sweet Qismina, pihak produksi guna gimik murahan

CYBERJAYA: Peserta dari Sabah iaitu Kiki berjaya merangkul gelaran juara dan memenangi Anugerah Persembahan Terbaik dalam pertandingan Akhir Bintang Kecil 2023, semalam.

Bagaimanapun, netizen mengecam tindakan pihak produksi yang kononnya melakukan gimik dengan menyorot lampu ke arah peserta lain yang tidak memenangi.

Menerusi video tular di TikTok @Lany Ishak, rata-rata netizen mengecam tindakan pihak produksi kerana melakukan gimik yang tidak wajar.

Malah, netizen menzahirkan rasa kasihan selepas melihat reaksi peserta bernama Farha yang melompat kegirangan.

Sebelum itu, Hos program Bintang Kecil, Sweet Qismina dilihat melakukan kesilapan sewaktu mengumumkan nama pemenang bagi kategori Anugerah Persembahan Terbaik.

Namun, Sweet mendakwa ia hanyalah gimik semata-semata dan sempat memohon maaf kepada penonton.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net bersetuju gimik yang dilakukan oleh pihak produksi itu adalah tidak masuk akal dan memalukan.

“Kesian adik yang dijadikan gimik mengharap kemenangan untuk dia tapi jadi macam tu. kalau saya pun sedih sangat rasa malu di buat gimik seperti macam tu,” komen netizen.

“Gimik yang memalukan! Kesiannya kan, gara-gara kesilapan MC dan lampu, malu adik-adik tu. tak akui kesilapan lagi, malah cakap gimik. Sangat teruk,” luah netizen.

“Kesian adik tu, tapi tulah nasib pengacara tak sebut nama lagi. Lampu dah suluh ke dia mestilah dia excited,” kongsi netizen.

Author

Pilihan Editor