CYBERJAYA: Produk keluaran Gardenia yang menjadi pilihan ramai dilaporkan akan mengalami perubahan harga di pasaran bermula 1 Oktober 2023.
Notis yang baharu dikeluarkan oleh pihak Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, menyatakan sebanyak 30 senarai produk yang terlibat dalam perubahan harga.
Antaranya Gardenia QuickBites, NuMee, Fluffy Buns, Puazz!, Twiggies, Squiggles, Toast’em serta Auntie Rosie yang harganya meningkat antara 10 sen sehingga 40 sen berbanding harga lama.
Difahamkan, syarikat tersebut terpaksa membuat perubahan harga disebabkan peningkatan kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan.
Sebelum ini, pihak Gardenia KL juga pernah mengeluarkan notis kenaikan harga pada 1 September 2022.