MELIHAT anak kecil berbicara fasih dalam bahasa Inggeris pasti membuatkan ramai pihak terpegun namun perkara itu seolah-olah tidak asing lagi dengan perkembangan dunia yang semakin celik teknologi.
Namun, melihat si kecil yang berbangsa Cina berbicara fasih dalam bahasa Tamil pasti membuatkan orang ramai terkejut seketika kerana jarang situasi sedemikian didedahkan kepada umum.
Baru-baru ini, tular video seorang kanak-kanak berusia empat tahun berbangsa Cina, fasih berborak dengan seorang pemuda dalam bahasa Tamil.
Video yang dimuat naik dalam TikTok @kartik_suresh itu memaparkan si kecil, Kai Kai, sedang membancuh ‘mango lassi’ bersama Kartik yang merupakan jirannya.
Difahamkan, ibu Kartik mengasuh Kai Kai dari kecil lantas membuatkan dia petah bercakap dalam bahasa Tamil.
Kepetahan Kai Kai berborak dalam bahasa Tamil itu turut membuatkan rata-rata netizen terkejut dan seronok menonton video tersebut yang kini tontonannya mencecah hampir 2.4 juta.
Menjengah di ruangan komen, ramai netizen yang memuji kecomelan Kai Kai serta kelebihan yang dimilikinya sejak kecil itu.
“I’m a mix of Malay (dad) + Indian (mum) but he speaks Tamil better than me,” seloroh netizen.
“Fasih betul bahasa Tamil dia tapi time speaking English mmg bunyi Chinese. Comellll,” puji seorang lagi warga net.
“It’s so so amazing how fluent he is in Tamil.. you’re such an amazing neighbour to him,” komen netizen.
“I love my country Malaysia. This is beautiful,” tulis netizen.