HomeBeritaViral'Rare'! Chicken chop jadi santapan raja sehari

‘Rare’! Chicken chop jadi santapan raja sehari

MEJA makan beradab adalah satu keutamaan dalam setiap majlis perkahwinan dan selalunya lauk pauk yang dihidangkan agak istimewa daripada tetamu lain.

Kebiasaannya di meja makan beradap pasti ada ayam golek, udang panjat, ikan siakap tiga rasa serta pemanis mulut.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan hidangan barat iaitu ‘chicken chop’ dihidangkan di atas meja beradap pengantin.

Menerusi perkongsian video TikTok @AbangLangsir, ia merupakan kali pertama dia melihat hidangan seperti itu disediakan di meja pengantin.

First time tengok makan beradap begitu. Tak payah susah-susah udang panjat bagai,” tulisnya di ruangan kapsyen.

hidangan udang panjat yang sering terdapat di atas meja beradap pengantin. Foto: Twitter

Video tersebut turut mendapat pelbagai respon dari netizen yang rata-ratanya bersetuju kerana dapat mengurangkan kos makanan di bahagian pengantin.

“Ni modal meja pengantin je pun dah bawah Rm50 untuk dua set. Dari merapu penuh lauk last-last pengantin dapat makan dua suap. Bayar mahal ni, teringat-ingat bawa sampai mengandung,” tulis netizen.

“Kadang jadi pengantin tak sempat makan pun, udang panjat tu orang lain makan. Pengalaman aku sendiri,” luah pengguna TikTok.

Malah, ada juga warga net berterima kasih dengan pemilik video kerana memberikan idea kreatif untuk makan beradap sewaktu hari perkahwinan.

“Okay thanks bagi idea, nanti kahwin nak ayam gepuk je as makanan pengantin,” cadang netizen.

Brilliant! Aku nak request laksa penang je nantii, sedap woo,” kongsi netizen.

“I dah terfikir McD, sekali chicken chop kau, memang rare. Okay majlis I nanti makan beradap nak McD lah,” komen warga net.

Author

Pilihan Editor