CYBERJAYA: Walaupun disaman, perbuatan dua remaja lelaki menyalam seorang anggota penguatkuasa sebelum berlalu pergi mengundang reaksi positif warga net.
Menerusi perkongsian TikTok @Areyaayahya, kelihatan dua remaja dipercayai pelajar sekolah menengah berbual dengan anggota bertugas sebelum menandatangani surat saman yang dikeluarkan kepada mereka.
Berdasarkan video terbabit, kemungkinan mereka disaman atas sebab tidak memakai topi keledar serta tidak mempunyai cermin sisi kenderaan.
Sebelum berlalu pergi, dua pelajar itu dilihat menunggang motosikal ke arah anggota polis sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam dengan anggota polis dan mencium tangannya.
@areyaayahya poksu gak ehhh..xpasal2 kena Saman nga abg trafik..huhu🥲 #tenangisgood #abangtrafik
Menjengah di ruangan komen rata-rata netizen memberi respon positif terhadap video tersebut.
“Sekurangnya dia tahu walaupun dia salah tapi rasa hormat dia tu ada . bagus dia amalkan selalu yang lebih tua kita hormati,” komen netizen.
“Mungkin polis tu cakap elok-elok dan budak tu tahu salah dia dan memahami tugas polis tu…bagus budak ni tetap menghormati orang yang lebih tua,” kongsi netizen.
“Contoh yang bagus! Saman sebab kesalahan sendiri tapi tetap respect dengan pegawai penguatkuasa,” tulis warga net.