PETALING JAYA: Hidangan popular di Malaysia iaitu roti canai diumumkan sebagai roti terbaik di dunia.
Makanan itu dinobatkan sebagai roti terbaik oleh laman web TasteAtlas, yang berpangkalan di Sofia, Bulgaria.
Mengikut carta yang dikongsikan, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan, tetapi Eropah yang terkenal dalam penghasilan pastri terbaik dunia.
Sebelum ini, roti canai juga pernah dinobatkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia, tahun lalu.
Laman TasteAtlas sering mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan artikel penyelidikan tentang bahan dan hidangan popular dari serata dunia.
Menerusi hantaran di Facebook TasteAtlas, sebanyak 50 jenis roti terbaik telah disenaraikan dan roti canai mencapai skor tertinggi iaitu 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna. – Kosmo