HomeBeritaSafety Training Consultancy bantu elakkan kecederaan di tempat kerja

Safety Training Consultancy bantu elakkan kecederaan di tempat kerja

PETALING JAYA: Safety Training Consultancy merupakan sebuah syarikat latihan dan konsultan yang memiliki kepakaran dalam pengurusan dan pelaksanaan aktiviti keselamatan dan kesihatan, sama ada dalam persekitaran luaran atau dalaman dalam bidang keselamatan kerja.

Pengasasnya, Sivadas Kunjan, 65, menekankan bahawa pekerja yang bekerja di tempat tinggi melebihi dua meter atau dalam industri tertentu perlu menjalani kursus keselamatan dan kesihatan. 

Beliau berkata, setiap individu yang bekerja di tempat tinggi atau dalam industri tertentu harus mematuhi undang-undang yang diwartakan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994.

“Seringkali, pekerja tidak memahami cara yang betul untuk menggunakan peralatan keselamatan. Oleh itu, kami akan memberikan latihan dan pengajaran mengenai penggunaan peralatan keselamatan yang telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia.

“Kami pernah berjumpa dengan pekerja yang berusia lebih 40 tahun tetapi masih tidak memahami asas penggunaan peralatan keselamatan. Oleh itu, syarikat kami menyediakan kursus yang bermula dengan pembelajaran teori sebelum peserta belajar cara yang betul untuk menggunakan peralatan keselamatan,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Beliau menambah, disiplin diri dan nyawa merupakan aspek keselamatan yang paling penting, dan ini adalah prinsip yang perlu diamalkan di mana-mana ketika melakukan pekerjaan.

Setiap kali mengadakan kursus keselamatan, Siva menekankan pentingnya aspek-aspek ini kepada peserta.

“Kami akan melatih mereka untuk mengambil tanggungjawab peribadi, mengikuti prosedur yang betul, tidak mengambil jalan pintas, serta sentiasa berwaspada di tempat kerja.

“Sebelum pergi bekerja, seseorang perlu memikirkan tentang keluarga, kerana itu adalah aspek paling asas dalam menjaga keselamatan. Jika seseorang mempunyai pemikiran sebegini, kita akan mencapai sasaran kemalangan sifar,” katanya.

Safety Trainer Consultancy telah ditubuhkan sejak tahun 2014 dan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia/NIOSH/DOSH.

Antara bidang kepakaran Safety Training Consultancy termasuk:

  • Keselamatan dan kecekapan bekerja di tempat tinggi tahap 1
  • Keselamatan bekerja di tempat tinggi tahap 2 (HIRARC)
  • Keselamatan dalam ruang tertutup
  • Keselamatan perancah
  • Kesedaran keselamatan siber
  • Kesedaran pertolongan cemas
  • Peralatan pengendalian bahan (forklift/ kren)
  • Pematuhan terhadap OSHA
  • Keselamatan kebakaran
  • Latihan pencegahan kemalangan
  • Pengenalan bahaya, penilaian risiko & kawalan risiko HIRARC
  • Agronomi dalam pembuatan dan pejabat

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web https://www.sfttrainingconsultancy.com/ atau hubungi 016-7018566 untuk sebarang pertanyaan.

Untuk lokasi disertakan alamat:
Safety Training Consultancy
A-5-3A Block A, Pelangi Square,
Pelangi Damansara,
PJU6, Petaling Jaya, 47800 Selangor

Author

Pilihan Editor