CYBERJAYA: Sepasang pelancong asing yang sangat menggemari masakan Malaysia pernah hanya makan roti canai selama lebih 24 jam.
Menerusi perkongsian TikTok @VeggiesOnTour, menceritakan ketika itu Malaysia melalui ‘lockdown’ akibat pandemik COVID-19, mereka terpaksa pergi ke Bangkok dan kemudian berpatah balik ke daerah Satun yang berhampiran dengan sempadan Malaysia semata-mata untuk makan roti canai.
“Kami membuat rancangan untuk terbang ke Thailand jadi kami terbang 5,000 batu ke Bangkok, Thailand dan kemudian dari Bangkok kami mengambil perjalanan kereta api selama 18 jam ke sempadan.
“Kami kemudian menuju ke bawah melalui Yala dan ke tempat dipanggil Satun di sempadan.
“Jika anda tahu sempadan Satun sedikit sinonim dengan pemberontakan dan isu tetapi kami bersedia untuk mengambil risiko itu untuk roti canai,” katanya.
@veggiesontour We once ate nothing but Roti Canai for 24 hours… Some of the old school heads who used to follow us on Youtube will remember this! #roticanai #malaysia #kualalumpur #malaysianfoodie #malaysianfood #perlis #malaysiaviral #melayu #makananmalaysia
Bercerita lanjut, dia bersama pasangannya berpuas hati selepas memakan roti canai selama lebih 24 jam kerana mengetahui selepas ini mereka tidak dapat lagi merasa hidangan itu di negaranya.
“Mengetahui bahawa kami tidak akan dapat memakannya lagi, kami fikir untuk makan selama 24 jam.
“Saya tidak makan apa-apa hari itu selain daripada roti canai dan keesokan harinya kami makan roti canai lagi sebelum meninggalkan Satun,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia turut mengakui roti canai di Malaysia tidak dapat dijumpai di mana-mana negara kerana ia mempunyai keunikan tersendiri.
Sebelum ini, disebabkan keenakannya, maka tidak hairanlah menu ini bukan hanya dekat di hati rakyat Malaysia, malah ia turut digemari pelancong asing sehingga roti canai dinobatkan sebagai ‘roti terbaik di dunia’ oleh laman web TasteAtlas.
Menduduki ranking pertama dalam carta tersebut, roti canai mendapat skor tertinggi iaitu 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna.
Bukan hanya mengalahkan India yang popular dengan roti naan, Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia turut ‘tersungkur’ dikalahkan roti canai.