HomeBeritaSelain tuntut tanah, ini antara onar warga asing di Malaysia

Selain tuntut tanah, ini antara onar warga asing di Malaysia

LAMBAKAN warga asing di negara ini dilihat seolah-olah hanya memberi beban kepada kehidupan rakyat tempatan, termasuk dari segi populasi kepadatan penduduk serta masalah sosial dan jenayah.

Tidak dinafikan, kehadiran mereka sedikit sebanyak mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan pembangunan sektor pelancongan negara.

Namun, kedatangan warga asing itu lebih terbeban, apabila ada di kalangan mereka dilihat ‘naik tocang’ dan berani membuat onar di negara ini.

Ibarat diberi betis hendak paha, ada juga di antara mereka yang lantang bersuara apabila didakwa menuntut hak sama rata seperti rakyat tempatan dan penduduk pribumi.

Sebelum ini, berita mengenai warga asing yang melakukan masalah di negara ini banyak kali dilaporkan dan berlegar-legar di media sosial.

Berikut adalah antara kenyataan dan masalah dilakukan warga asing, yang dilihat mampu membangkitkan amarah mana-mana rakyat tempatan, sekali gus meningkatkan sentimen negatif terhadap mereka:

1) Tuntut Selayang

Februari lalu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dipercayai etnik Rohingya yang menuntut hak sama rata dengan rakyat tempatan, atas alasan kononnya turut memberi sumbangan kepada ekonomi negara.

Susulan itu, lelaki tersebut dengan lantangnya menuntut daerah Selayang, Selangor untuk pelarian Rohingya.

@amenpreludetcb

Orang Asing Mintak Tanah Melayu… Datang Menumpang, Sembang Pum Pang… #selayang #pasarborongselayang #rohinya #fyp #viral

♬ original sound – Amen Prelude – Amen Prelude

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu mendakwa Selayang sebagai hak mereka dan tidak boleh diganggu bangsa lain.

Sehingga hari ini, identiti individu dan tarikh sebenar video itu masih belum dapat dipastikan.

2) Tuntut Sungai Buloh

Meskipun audio mengenai warga Bangladesh yang menuntut daerah Sungai Buloh, Selangor tular pada tahun lepas, ia sekali lagi menjadi buah mulut netizen pada tahun ini.

Menerusi audio yang dikongsi di laman TikTok itu,  rakaman suara lelaki dipercayai warga Bangladesh bertindak menuntut Sungai Buloh, selepas memberi alasan bahawa mereka turut menyumbang kepada sektor ekonomi negara ini.

@malaysia_immigration

Video #viral Kamput Bangladesh di Sungai Buluh. #fyp #fypã‚· #fypã‚·ã‚šviral #jim #2022 #bangladesh #operasi #penguatkuasa #imigresen #imigresenmalaysia #pdrm #polis #wargaasing #indonesia #malaysia #sungaibuluh

♬ original sound – Malaysia_Immigration – Malaysia_Immigration

Dalam video sama, seorang lelaki dipercayai warga tempatan mendakwa, terdapat perkampungan dan premis perniagaan milik warga Bangladesh di Kampung Melayu, Sungai Buloh.

3) Tuntut warganegara

Pada April 2020, negara dikejutkan dengan kenyataan Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Malaysia (Merhrom), yang didakwa menuntut hak kerakyatan penuh untuk pelarian Rohingya dan menuntut hak sama rata dengan rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, pertubuhan berkenaan turut didakwa menyifatkan Melayu sebagai bodoh, selain mempertikaikan pihak penguatkuasa Malaysia menolak bot pelarian berkenaan daripada mendarat di negara ini.

Tangkap layar hantaran Facebook yang mendakwa Merhrorm menuntut hak kewarganegaraan Malaysia.

Akibat daripada itu, pelbagai serangan xenofobia dilakukan netizen terhadap komuniti Rohingya menerusi pelbagai platform media sosial.

Apatah lagi, Malaysia ketika itu sedang berdepan dengan situasi pandemik COVID-19 yang teruk serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat, menambahkan lagi tekanan penduduk tempatan.

Pada masa sama, Presiden Merhrom, Zafar Ahmad Abdul Ghani menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa diancam serta diugut sehingga terpaksa menyahaktifkan akaun media sosialnya.

4) Minta sedekah

Perbuatan segelintir warga asing yang sewenang-wenangnya meminta sedekah daripada penduduk tempatan, menambahkan lagi persepsi negatif terhadap mereka.

Terbaharu, aktiviti tersebut dilakukan oleh pasangan dipercayai warga Syria di sekitar ibu negara.

Hanya bermodalkan bayi yang diletakkan di dalam sebuah kereta sorong (stroller), pasangan tersebut didakwa mampu menginap di hotel hasil kutipan derma orang ramai.

https://www.tiktok.com/@pejuang.bangsa30/video/7281814216598637825?embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&refer=embed&referer_url=mediavariasi.com%2F2023%2F09%2Fwarga-asing-berkopiah-buat-muka-sedih-modal-minta-sedekah-di-bangi%2F&referer_video_id=7281814216598637825

Namun, penipuan mereka berjaya diberkas orang awam seperti dikongsi di laman TikTok.

Malah, sindiket peminta sedekah dalam kalangan warga asing juga dikesan apabila mereka berpura-pura membuat mimik muka sedih dan berkopiah bagi meraih simpati mangsa.

@

♬ –

Menerusi perkongsian laman TikTok @pejuang.bangsa30 baru-baru ini, sindiket itu didakwa mampu menjana pendapatan lumayan hasil aktiviti meminta sedekah.

Perbuatan sindiket itu dikesan di Bangi Sentral, dekat Bandar Baru Bangi, Selangor manakala ahli sindiket itu dilihat lari bertempiaran apabila diherdik seorang lelaki.

Pada Januari 2022, tular sebuah video kanak-kanak dipercayai berketurunan Rohingya meminta sedekah di persimpangan jalan raya, dipercayai berlaku di ibu negara.

Tangkap layar video aksi kanak-kanak Rohingya, yang meminta sedekah secara agresif.

Apa yang menimbulkan kemarahan orang ramai adalah kanak-kanak yang lengkap berbaju Melayu tersebut meminta wang daripada orang ramai secara agresif, termasuk menunjukkan jari tengah apabila berang tidak diberi wang.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut sudah pun diberkas pihak berwajib.

5) Cabul dan rogol

Tertuduh (tengah) berusia 27 tahun yang mengaku tidak bersalah pertuduhan merogol dan mencabul seorang pelajar Tingkatan 3 pada bulan ini. – Foto: Utusan

Khamis lalu, dua etnik Rohingya iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun dan seorang remaja 14 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan merogol, mencabul seorang pelajar Tingkatan 3 di dalam sebuah kereta pada 14 September lepas.

Januari lalu, seorang lelaki etnik Rohingya dicekup polis, selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan yang juga jirannya, di Semabok, Melaka pada 28 Disember lalu.

Suspek berusia 35 tahun yang juga buruh binaan itu ditahan sepasukan polis, selepas menerima laporan yang dibuat bapa kanak-kanak berusia 12 tahun itu.

Menurut polis, mangsa mendakwa, dia ditarik oleh suspek dan dicabul beberapa kali ketika sedang bermain bola di hadapan rumahnya.

Ogos lalu, seorang tukang sapu warganegara Myanmar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang, Selangor atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita warga emas berusia 71 tahun.

Video kejadian yang didakwa itu kemudian tular pada 4 Ogos lalu, iaitu dua hari selepas tertuduh diberkas polis.

Mohammad Jubair Musi Ullah, 23, yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), turut menghadapi pertuduhan memastikan dadah jenis Ketamine ke dalam badannya.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang bekerja sebagai pengutip kotak pukul 3.30 petang, 2 Ogos lalu di hadapan sebuah premis menjual peralatan membuat kek di Taman Muda, Ampang.

6) Mencuri dan merompak

November tahun lalu, polis menahan empat warga Rohingya yang disyaki melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai, Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilapor berkata, suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan yang berusia lingkungan 14 hingga 27 tahun.

Katanya, kumpulan itu disyaki mula bergiat aktif melakukan jenayah tersebut pada pertengahan tahun lepas, manakala modus operandi adalah melakukan pecah rumah semasa penghuni tiada pada siang hari iaitu ketika waktu bekerja.

Tambahnya, sasaran kumpulan itu adalah barang kemas dan wang tunai.

Ogos tahun lalu, polis menahan seorang lelaki warga Myanmar, selepas dipercayai mencuri kereta lama di Ampang Jaya, Selangor.

Suspek warga Myanmar yang dipercayai mencuri kereta lama berjaya diberkas pada tahun lalu. – Foto: PDRM

Menurut polis, modus operandi suspek adalah menyasarkan kereta model lama diletak di kawasan sunyi.

Pada Jun 2020, dua lelaki warga Rohingya ditahan berasingan kerana terbabit dalam jenayah curi besi sekitar Larkin, di Johor Bahru, Johor.

Menurut polis, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan bersama sebuah lori yang membawa muatan besi pelbagai jenis seberat 200 kilogram.

Lelaki Rohingya itu ditahan hasil rondaan cawangan kereta peronda Ibu Pejabat Daerah (IPD) JBS jam 3.30 petang, manakala lelaki kedua berusia 30-an pula ditahan jam 8 malam hari yang sama.

 

Author

Pilihan Editor