HomeGaya HidupSusah nak buat keputusan? Itu tanda korang ada 'Sindrom Hamlet'

Susah nak buat keputusan? Itu tanda korang ada ‘Sindrom Hamlet’

TAHUKAH anda, individu yang sukar membuat keputusan terhadap sesuatu perkara mempunyai kaitan dengan sindrom Hamlet.

Seorang pengguna Facebook, Nurhidayah Jaafar berkongsi sebuah rancangan realiti Korea ‘All The Butler’ yang membicarakan sebuah kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat (AS).

Pakar otak tersohor di Korea, Profesor Jeong Jae Seung yang menjadi tetamu membuka topik bicara mengenai sebuah eksperimen mengenai dua kedai menjual produk yang sama.

Menurutnya, kedai pertama hanya menjual enam jenis jem manakala kedai kedua di seberang jalan menjual 24 jenis jem.

Tujuannya adalah untuk menilai kedai manakah yang berjaya menjual lebih banyak.

Keputusannya, kedai yang menawarkan 24 jenis jem mempunyai ramai pengunjung, tetapi jumlah pembelian lebih tinggi di kedai yang hanya menjual enam jenis jem.

Jae Seung menjelaskan walaupun pilihan yang ditawarkan dilihat tidak menarik namun, terlalu banyak pilihan akan mengganggu proses membuat keputusan membeli.

Dalam pada itu, Nurhidayah menambah, perkara yang sama turut terjadi sewaktu kita ingin menonton cerita di platform Netflix.

“Dalam keadaan kita belum mempunyai pilihan cerita apa yang mahu ditonton, kita akan skrol rancangan demi rancangan, satu persatu.

“Masa kita banyak dibazirkan untuk mencari drama dan filem apa di sebalik lambakan Netflix.

“Akhirnya, kita tidak menonton apa-apa.

“Itulah yang disebut sebagai ‘Hamlet Syndrome.’ Kesulitan membuat keputusan kerana terlalu banyak pilihan di depan mata,” katanya.

Hal ini berlaku kerana kita hilang keyakinan terhadap apa yang sudah dipilih dan emosi terikat dengan apa yang tidak dipilih.

“Saat memilih A, ‘Eh! B pun okey juga’. Apabila memilih B, ‘Alamak C, D, E dan F lebih menarik’.

“Keliru antara dua, MAHU dan PERLU.

“Apa yang kita mahu lakukan dan apa yang sebenarnya kita perlu lakukan. Penghujungnya, kita tidak melakukan apa-apa,” jelasnya.

Author

Pilihan Editor