HomeBeritaViral'Tak suka binatang, janganlah zalim' - Kucing disimbah cat putih oleh individu...

‘Tak suka binatang, janganlah zalim’ – Kucing disimbah cat putih oleh individu tidak bertanggungjawab

KEJAM! Itulah perkataaan yang sesuai digambarkan kepada pelaku yang sanggup menyimbah cat putih ke atas seekor kucing.

Pengguna aplikasi X @izzat_bashir, menyelar tindakan zalim individu terbabit yang tergamak berbuat demikian.

“Sapa-sapa pon, kalau tak suka binatang, janganlah zalim. Buanglah dia kat tempat lain ke apa.

But jangan lah buat aniaya macam ni. Kesian, tak sampai hati lah.

Anyway aku dah inform pihak berkenaan untuk uruskan,” tulisnya.

Perkongsian gambar oleh Izzat itu melihatkan keadaan kucing yang dipenuhi cat putih tersebut tidak berdaya dan kelihatan lemah.

Hantaran itu telah mengundang kemarahan netizen terhadap si pelaku yang tidak berperikemanusiaan.

“Cela** betul lah perangai manusia macam ni. Perlu ke sampai nak simbah cat. Eh tak ada akalnya alahai. Semoga dibalas Tuhan dengan perbuatan terkutuk,” komen netizen.

Weyh jahat jahat jahat jahat jahat jahatnya orang yang simbah dia dengan cat putih. Ya Allah sakitnya hati aku,” luah netizen.

omg so heartless lah orang yang buat binatang macam ni. This is so cruel! janganlah buat kucing tu macam tu kalau tak suka. Ugh,” selar netizen.

 

Menerusi hantaran terbaru Izzat, kucing berkenaan dikatakan telah dibersihkan namun masih lagi dalam keadaan lemah.

Author

Pilihan Editor