HomeGlobalTaylor Swift sewa restoran untuk ‘date’ dengan Travis Kelce?

Taylor Swift sewa restoran untuk ‘date’ dengan Travis Kelce?

MENJADI seorang artis popular bukanlah satu hal yang mudah lebih-lebih lagi sukar mendapat ruang untuk perkara privasi.

Begitulah yang dilalui penyanyi terkemuka dunia, Taylor Swift yang sanggup menyewa sebuah restoran hanya untuk menghabiskan masa berdua dengan teman lelakinya, Travis Kelce.

Lapor Page Six, Taylor bertindak sedemikian bagi mengelakkan saat romantis diganggu orang ramai.

Malah, pelantun lagu ‘Summer Cruel’ itu turut dilaporkan membayar jumlah wang yang besar untuk mengosongkan premis berkenaan supaya kehadiran mereka tidak diganggu.

Difahamkan Taylor menyewa restoran itu selepas hadir menyaksikan pertandingan bola sepak di Kansas City Chiefs yang diketuai oleh Travis.

“Saya baru sahaja dapat panggilan daripada seorang kawan di Missouri dan Taylor pergi ke satu tempat dan dia membayar semua orang di restoran agar mereka keluar daripada premis,” memetik laporan Page Six.

Author

Pilihan Editor