HomeBeritaViralTerbeliak mata! Kucing trauma ‘dikacau’ hantu raya?

Terbeliak mata! Kucing trauma ‘dikacau’ hantu raya?

CYBERJAYA: Gangguan misteri nyata bukan sahaja boleh mengganggu manusia bahkan haiwan peliharaan juga bisa terkesan dengan perkara ghaib itu.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah mistik yang dialami kucing peliharaannya sehingga mengakibatkan si anak bulus itu trauma.

Menerusi perkongsian di TikTok @meelchaaa, dia menceritakan kejadian aneh yang berlaku di rumahnya membabitkan kucing peliharaannya.

Dalam video itu, dia berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan cat wheel berpusing sendiri tanpa kucingnya melakukan apa-apa.

“Dia (kucing) dok mengiau-ngiau depan cat wheel tu. Saya pun tak tahu kenapa, tapi dia duduk diam je dia tak naik.

“Lepas tu cat wheel tu bergerak sendiri, bergerak slow taw. And benda ni dia berat, tak mungkin boleh bergerak sendiri,” kongsinya.

@meelchaaa

Replying to @lija semestinya saya akan buat something demi Anak Anak saya, saya yg terpaling risau dengan keadaan anak saya. Malam tu mmng tengah busy halau benda tu and pagar rumah. So pagi ni saya update semula lepas dari kes semalam #kucing #cat #mistik #ganguanjin #fyp #foryou #foryoupage

♬ original sound – Meelchaa’s cat – Meelchaa’s cat

Menurut Meelchaa, kejadian itu adalah insiden kali kedua yang berlaku di rumahnya membabitkan kucingnya, Tony.

Malah, dia turut bercerita kisah dimana mata Tony terbeliak dan melilau sewaktu dia memasang ayat suci surah Al-Baqarah.

“So since dia (Tony) kena kacau ni, sekarang dia ada dekat ward lepas kena kacau dia murung lama and dia dah start sakit jantung.

“Tapi sekarang saya dapat tahu dari klinik dia dah okay,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Meelchaa turut memaklumkan bahawa sebelum ini dia turut membuat perubatan Islam dengan memagar kawasan kediamannya namun masih menerima gangguan.

Jelasnya, perkongsiannya di media sosial berhubung insiden itu turut mendorong seorang individu memberitahunya bahawa wujud jelmaan yang menumpang di rumahnya itu.

“Semalam ada seorang hamba Allah ni dm saya kat ig, dia bagitahu kat saya sebenarnya rumah tu memang ada something.

“Tapi, benda ni (lembaga) menumpang je. So far bukan sihir, bukan orang hantar tak.

“Benda ni menumpang dia buat rumah saya macam RnR. Datang bila dia nak. Tapi bila dia datang dia kacau kucing saya. So rupanya macam mana, dia berbulu and dia hitam.. orang tu cakap hantu rayalah,” katanya.

Susulan kejadian itu, Meelchaa menyatakan dia akan memanggil pengamal perubatan Islam untuk menangani isu berkenaan supaya kucing-kucing peliharaanya tidak lagi ketakutan dan trauma.

Author

Pilihan Editor