HomeBeritaBank Negara keluar notis ancaman serangan penggodam pro-Israel

Bank Negara keluar notis ancaman serangan penggodam pro-Israel

 

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan notis langkah berjaga-jaga terhadap ancaman serangan siber untuk institusi kewangan di negara ini.

Notis Platform Risikan Ancaman Siber Sektor Kewangan (FinTip) adalah pemberitahuan untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang dikeluarkan secara rutin kepada institusi kewangan dan rakan kerjasama mereka yang berkaitan.

BNM melalui kenyataan berkata, FinTIP sentiasa memantau landskap siber dan akan memaklumkan tentang kemungkinan ancaman baharu termasuk peningkatan aktiviti penggodaman.

Difahamkan, notis langkah berjaga-jaga itu dikeluarkan susulan kemungkinan tindak balas kumpulan penggodam pro-Israel terhadap sistem strategik negara selepas kumpulan penggodam pro-Palestin di negara ini dikenali ‘DragonForce’ menyerang rangkaian strategik negara regim Zionis sejak tercetus konflik di dua negara itu.

BNM dan industri kewangan sentiasa berkongsi maklumat mengenai kemungkinan ancaman yang berlaku dalam ruang siber. – Berita Harian

 

Author

Pilihan Editor