HomeBeritaViralBerang asyik cari kesalahan, geng 'pilot darat' protes depan pejabat JPJ di...

Berang asyik cari kesalahan, geng ‘pilot darat’ protes depan pejabat JPJ di Terengganu,

CYBERJAYA: Sekumpulan pemandu lori membuat protes tunjuk perasaan di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Terengganu pada Ahad.

Menerusi video tular, kelihatan pemandu lori yang dianggarkan berjumlah 1,000 orang memenuhi pekarangan JPJ sebagai tanda protes terhadap operasi penguatkuasaan yang dikenakan terhadap mereka.

Difahamkan, protes tersebut berpunca daripada tindakan JPJ yang berterusan mencari kesalahan pemandu lori sehingga yang bukan hanya diatas jalan raya namun sehingga ke dalam kawasan kuari.

@kakicongg.official

♬ bunyi asal – Mierul Chekkk1 – Mierul Chekkk1

Melalui video tular lain, pemilik video menyeru semua pemandu lori untuk turun ke pekarangan pada Ahad untuk meluahkan penindasan yang dihadapi pemandu lori.

“Diminta semua pemandu kenderaan berat terutama lori untuk hadir ke ibu pejabat JPJ Kuala Terengganu pada hari esok (Ahad) 15hb pada jam 8 pagi untuk meluahkan hasrat hati yang terpendam sebagai driver lori.

“Diminta esok tiada kenderaan berat di atas jalan raya. Sokongan anda amat-amat dihargai.

“Marilah semua kita bersatu hati untuk turun beramai-ramai memberi sokongan di mana harini driver lori diibaratkan membawa dadah dan seperti musuh no 1 jalanan,” tulisnya.

Author

Pilihan Editor