HomeBeritaViralBilik tidur hangus terbakar akibat lupa tutup 'extension plug'

Bilik tidur hangus terbakar akibat lupa tutup ‘extension plug’

CYBERJAYA: Malang tidak berbau apabila rumah yang didiami sebuah keluarga hampir musnah dalam satu kejadian kebakaran baru-baru ini.

Menerusi perkongsian TikTok @fiesyaisha, kelihatan banyak barang-barang di dalam rumahnya telah dijilat api serta dinding rumah menjadi hitam akibat asap kebakaran.

Menurut pemilik video, selepas siasatan, pihak bomba mengesahkan punca kebakaran bermula akibat palam sambungan yang tidak ditutup suis diletakkan di atas tilam.

“Sebelum saya keluar, saya tak off kan plug extension di atas katil.

“Pengajaran untuk semua, walaupun kita hanya on kan sahaja switch nya aliran elektrik dalam plug itu memang masih berjalan,” tulisnya dalam video.

Pihak bomba menjelaskan, palam yang dibiarkan terpasang itu kemudiannya akan menjadi panas sehingga menyebabkan haba yang terkeluar terperangkap ke dalam tilam yang sememangnya mudah terbakar mulai menghasilkan api.

Tambahnya, terdapat bentuk ‘V’ di dinding tempat kebakaran berlaku yang disebabkan oleh percikan api daripada arus elektrik palam sambungan.

@fiesyaisha

Membalas kepada @iamhaniamri #Rumahkuterbakar #fyp #puncakebakaran

♬ bunyi asal – Fiesya Isha – Fiesya Isha

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai cadangan berguna.

Lagi satu carilah extension yang jenis HEAVY DUTY dan lihat juga kepada salur penebat yang terdapat pada wayar extension berkenaan,” cadang netizen.

“Saya dah jadi ketua dalam rumah kalau bab-bab elektrik ni. Setiap kali nak keluar, saya unplug semua kecuali peti ais. Kalau balik kampung lama-lama, semua off dan unplug,” kongsi netizen.

“Charge phone elok letak atas lantai sebab lantai sejuk,” komen pengguna TikTok.

Author

Pilihan Editor