HomeBeritaViralSiapa sebenarnya di sebalik logo ZUS Coffee, dewa Zeus atau Kaldi si...

Siapa sebenarnya di sebalik logo ZUS Coffee, dewa Zeus atau Kaldi si penggembala kambing?

ZUS Coffee, jenama rangkaian kopi tempatan yang sedang mendapat tempat di hati penggemar kopi.

Namun begitu, segelintir individu mempertikaikan penggunaan logo ZUS Coffee yang mendakwa logo tersebut adalah imej Zeus, dewa dalam Mitologi Yunani.

Tidak mahu perkara itu dipanjangkan, pengguna X, Fadzli Nasir, hadir membuat penerangan tentang logo ZUS Coffee.

Jelasnya, logo tersebut bukanlah melambangkan dewa Zeus tetapi ia sebenarnya homage buat legenda Kaldi.

“Agak menarik ya tentang figure dalam logo ZUS Coffee ni. Selama ni ingat ZUS amik dari Zeus, iaitu salah satu dewa Greek.

“Rupanya adalah Kaldi, salah seorang penggembala kambing gunung Ethiopia yang menemukan biji kopi dan dia adalah legenda yang diceritakan menemukan biji kopi,” jelasnya.

Siapa Kaldi?

Kaldi atau Khalid merupakan seorang penggembala kambing Arab dari Habsyah (Ethiopia) di mana menurut legenda, merupakan lelaki pertama yang menemui keistimewaan biji kopi.

Menurut sejarah, Kaldi membuat penemuan itu apabila melihat kambing peliharaannya makan buah beri berwarna merah dan menjadi sangat bertenaga dan aktif, membuatnya rasa mahu mencubanya sendiri.

Lalu, Kaldi pun makan beberapa biji buah beri merah dan menjadi sangat bertenaga sehingga dia turut menyertai kambing menari dan bermain-main.

Kemudian, seorang biarawan sedang melalui dan memperhatikan Kaldi dan kambing menari.  

Tertarik, dia berhenti untuk melihat apa yang sedang berlaku. Kaldi memberitahunya tentang beri merah, dan rahib itu yakin bahawa mereka adalah jawapan kepada doanya.

Dia menjelaskan kepada Kaldi bahawa dia akan selalu tertidur di tengah-tengah doanya.  

Namun, apabila dia makan buah beri merah misteri, dia dapat berjaga! Dia berjaga berjam-jam, berdoa dalam keadaan kegembiraan Ilahi yang selalu dia inginkan.

Mereka kemudiannya cuba menghasilkan minuman dengan buah tersebut dan mendapati minuman tersebut membuatkan mereka kekal segar dan dapat beribadat dalam tempoh yang lama.

Adakah kisah ini dinukil sebagai damage control kepada latar belakang asal yang sememangnya diinspirasi dari Zeus? Mungkin juga.

Begitu pun, terpulang kepada penggemar kopi sendiri untuk menilai adakah mereka meminum kopi atau membeli kopi tersebut kerana citarasanya yang hebat atau kerana kisah latar belakang jenama itu sendiri.

Tepuk poket tanyalah selera!

Author

Pilihan Editor