HomeBeritaViral‘Cara paling lembut dah ni’- Ah long bawa sepanduk, ‘speaker’ ‘berkempen’ depan...

‘Cara paling lembut dah ni’- Ah long bawa sepanduk, ‘speaker’ ‘berkempen’ depan rumah peminjam

KEBIASAANNYA, pemungut hutang atau nama popularnya ah long sering dikaitkan dengan persepsi negatif sehingga menimbulkan ketakutan pihak lain terutama peminjam.

Sebelum ini, pemungut hutang mengenakan ugutan seperti menyimbah cat merah, memberi surat layang sekiranya hutang gagal dilunaskan.

Namun kali ini, berbeza pula pendekatan dibuat oleh ‘geng’ pemungut hutang iaitu menggunakan cara yang lebih ‘halus’ untuk memberi peringatan kepada peminjam.

Baru-baru ini, video tular memaparkan beberapa individu dipercayai daripada syarikat pinjaman wang bertindak menyerbu rumah peminjam yang didakwa liat untuk membayar hutang.

Malah, kumpulan ini turut membawa satu banting yang meminta peminjam menjelaskan hutang berkenaan.

Lebih menarik perhatian warga net, mereka juga menggunakan pembesar suara untuk memanggil nama penghutang.

“Tolong keluar, kita datang kutip wang. Boleh cerita. Cakap mahu bayar, tapi tak bayar-bayar. Berapa lama kita mahu tunggu.

“Sila bayar hutang anda. Kita mari sini untuk settle kan,” kata mereka.

Kejadian itu difahamkan berlaku di sebuah kawasan perumahan dekat Kluang, Johor pada Rabu.

@azuani.ahmad

♬ original sound – Azuani Ahmad – Azuani Ahmad

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan kumpulan pemungut hutang terbabit yang disifatkan sebagai sopan.

“Jarang aku jumpa ah long sopan macam ni, dah macam kempen pilihan raya pulak,” seloroh netizen.

“Ini kira OK juga, bagus cara mereka tak kasar cuma tuan rumah yang tak beri kerjasama,” komen netizen.

“Cara paling lembut dah ni. Simbah cat tak main dah. Kena kecam 1 Malaysia,” kongsi warga net.

Author

Pilihan Editor