HomeHiburan'Depan makam Rasulullah ni... kau mampus' - Ustazah Asma' kesal pelakon guna...

‘Depan makam Rasulullah ni… kau mampus’ – Ustazah Asma’ kesal pelakon guna dialog kesat di Tanah Suci

CYBERJAYA: Baru sehari ditayangkan, drama Surat Dari Tuhan mendapat kritikan hebat oleh netizen yang menganggap dialog digunakan seperti tidak menghormati Tanah Suci, Makkah.

“Hei perempuan, kau dengar apa aku cakap, depan makan Rasulullah ini aku cakap depan muka kau, kalau Ryan benci aku, aku akan pastikan dekat Tanah Haram ni kau mampus”.

Demikian dialog kontroversi yang diucapkan oleh pelakon Janna Nick ketika menjayakan watak Misha dalam drama tersebut yang mula ditayangkan di slot Samarinda bermula 30 Oktober.

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun turut tampil mengkritik babak terbabit kerana merasakan dialog digunakan itu seperti tidak menghormati Tanah Suci, Makkah.

Ustazah Asma’ menerusi TikToknya mempersoalkan etika seorang pelakon Islam terutamanya apabila memilih untuk meneruskan dialog seperti itu sedangkan secara jelas ia merendahkan martabat agama suci Islam sendiri.

“Mana etika ketika melakonkan babak di Tanah Suci dan tak berasa bersalah ke masa nak merakamkan babak ni?.

“Tempat yang paling suci dan indah seluruh umat manusia yang dambakan pergi, kenapa nak masukkan dialog seperti ini.

“Sedangkan nak berkata-kata perkara baik pun kita tak mampu nak cakap depan Makam Rasulullah,” tegurnya.

@ustazahasmaharun

TEGURAN BUAT SEMUA PENGGIAT SENI PART 1 #UAHSahabatDuniaAkhirat #ustazahasmaharun #fyp

♬ original sound – Ustazah Asma’ Harun – Ustazah Asma’ Harun

Malah, beliau turut meluahkan kekecewaan selepas menonton beberapa klip video babak promo yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Lakonan tersebut dibuat di sebuah hotel di Tanah Suci yang nampak latar belakang Masjid Nabawi.

“Saya terkejut macam mana boleh terfikir nak buat skrip macam ini, menggunakan makam Nabi.

“Walaupun dia tak bersumpah, tidak wajar perkataan itu dijadikan sebagai dialog. 

“Sedangkan kita diajar jaga lidah, jaga akhlak dan perbuatan ketika di Tanah Suci,” luahnya kesal.

Dalam pada itu, beliau turut menghantar mesej teguran kepada pihak produksi agar meneliti dahulu drama tersebut sebelum dipertontonkan supaya sensitiviti umat Islam dapat dijaga.

Author

Pilihan Editor