HomeHiburanFoto Pak Nil, Khairul Aming diguna iklan gajet 'scammer'

Foto Pak Nil, Khairul Aming diguna iklan gajet ‘scammer’

 

PENGACARA popular, Datuk Aznil Nawawi tampil menafikan hantaran foto yang memaparkan dirinya mempromosikan sebuah kedai gajet terkemuka yang kini tular di aplikasi Facebook.

Menerusi hantaran di sosial media rasminya, Aznil yang mesra dengan gelaran Pak Nil mengeluarkan kenyataan itu bagi memastikan orang ramai tidak tertipu.

“Harap maklum ini bukan posting saya! Jangan tertipu dengan musibat ini!!

“Apa kejadah aku pakai jubah ke kedai gajet ko h***t?,” tulisnya.

Paparan foto Pak Nil yang kian tular di media sosial
Selain Pak Nil dan Khairul Aming, foto Hairul Azreen mempromosikan barangan sama turut tular di Facebook.

Beberapa hari ini kerap kali dilihat iklan memaparkan wajah artis dan pempengaruh terkenal diguna pakai oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam mempromosikan jam pintar keluaran sebuah jenama gajet popular dengan harga mampu milik.

Dalam iklan-iklan berkenaan, kelihatan imej selebriti disunting seakan-akan memegang barangan yang dibeli di kedai gajet berkenaan bagi meyakinkan orang ramai.

Antara foto selebriti yang turut dikesan menjadi mangsa bagi penipuan itu adalah pelakon, Hairul Azreen, Shuib dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming.

Antara iklan yang tular di Facebook membabitkan foto Khairul Aming menggunakan ‘Page’ palsu.

Justeru, orang ramai diingatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu bagi ‘Page’ yang membuat jualan dalam talian sebagai usaha mengelak diri daripada menjadi mangsa ‘scam’.

 

Author

Pilihan Editor