HomeBeritaGas amonia kilang bocor, Taman Perindustrian Jaya ditutup

Gas amonia kilang bocor, Taman Perindustrian Jaya ditutup

PETALING JAYA: Polis mengesahkan Jalan PJU 1A/13 Taman Perindustrian Jaya, Ara Damansara, di sini ditutup susulan kebocoran gas amonia yang berlaku di sebuah kilang ais.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada jam 10.17 malam Selasa.

Beliau berkata, sepasukan 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat dan 18 anggota polis telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kawasan sekeliling Taman Perindustrian Jaya yang mempunyai keluasan lebih kurang 400 meter telah ditutup oleh orang awam.

“Ini kerana siasatan mendapati bacaan indeks pencemaran sebanyak 200 parts per million (ppm),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, tiada mangsa yang terkesan dalam kejadiaan ini.

Penduduk berdekatan yang terhidu bau gas dan mengalami simptom pening serta muntah perlu memaklumkan segera kepada polis dan mendapatkan rawatan di hospital.

Author

Pilihan Editor