HomeBeritaViralHanya 4 jam 'cleaner' cuci teres 2 tingkat, tuan rumah pula ambil...

Hanya 4 jam ‘cleaner’ cuci teres 2 tingkat, tuan rumah pula ambil kesempatan bayar separuh harga

CYBERJAYA: Seorang wanita kesal apabila masih tidak dapat mendapat bayaran upah hasil titik peluhnya membersihkan rumah teres dua tingkat dipercayai di Klang, Selangor baru-baru ini.

Itulah situasi yang dialami oleh seorang wanita yang bekerja sebagai tukang cuci yang mendakwa dirinya diperlecehkan hanya kerana menyiapkan tugas dalam masa yang singkat.

Sudahlah dipandang rendah oleh pelanggan, bayaran yang diterima juga bukan seperti yang dijanjikan.

Luahan itu dikongsikan menerusi grup Meru Klang Residents Official, wanita itu memaklumkan dia terpaksa menunggu lebih tiga jam semata-mata untuk mendapatkan upah.

“Dah tiga jam saya tunggu bayaran dari tuan rumah ni. Saya cleaner. Tolong jangan pandang rendah terhadap cleaner.

“Saya orang Malaysia, jadi cleaner demi rezeki halal. Bukan meminta-minta duit percuma,” luahnya kesal.

Menurutnya, rumah yang dibersihkan terbabit bersama suaminya itu adalah jenis teres dua tingkat yang penuh dengan sampah-sarap dan terpaksa mengangkat dapur gas yang seberat 60 kilogram ke dalam tong Roro.

“Saya dan suami cleaning rumah dua tingkat yang penuh dengan sampah, satu Roro sampah.

“Kena angkat pula satu dapur gas berat gila dan buang dalam Roro. boleh bayangkan tak rumah dua tingkat, kami cleaning sampai licin sampah-sampah tu penuh satu Roro,” kongsinya.

Sebaliknya, upah yang diterima hanya separuh bayaran malah, tuan rumah turut mempersoalkan mengenai kerja-kerja pembersihan begitu cepat.

“Selepas 2-3 jam kami call-call baru dapat jawapan katanya ‘kerja cepat sangat siap. Sepatutnya 4 jam buat kerja tak sampai rm100’.

“Suami pon bersuara ‘kami buat kerja berat. Bukan kerja ringan puan. Kami angkat lagi dapur gas masak seberat 60kg buang dalam roro’. Kos minyak tol makan lg. Tetap sama jawapannya,” dakwanya.

Bagaimanapun, wanita itu menjelaskan tugasan dapat disiapkan lebih awal kerana sudah biasa melakukannya dan mengikut langkah-langkah pembersihan yang betul.

“Kerja kami siap hanya 4 jam. Rumah bersih tanpa ada sampah dan habuk lagi. Dalam 4 jam buat kerja kami memang tak berhenti untuk makan, hanya minum air kosong. Kerja cepat siap. Boleh lah balik kan.

“Dah siap. Terus call customer beritahu rumah dah bersih. Customer datang, awalnya kata okay dan nak transfer bayaran sebab takde bawa duit cash dan juga dah lambat sangat nak kene pegi tempat lain.

“Kami pon setuju dan tak nak buang masa tuan rumah. Dalam perjalanan kami nak pulang, nak kene isi minyak kereta. Bayaran belum terima lagi ni. Parking dulu tepi jalan. Call banyak kali tak jawab,” katanya.

Menurutnya, upah yang diberikan hanya sekadar cukup untuk mengisi minyak kereta, makan dan minum mereka sekeluarga hari tersebut.

Author

Pilihan Editor